Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #21

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #21

from Dictionary :

     Tiada istilah ini dicatatkan di dalam kamus

---------------------------------------------------

Istilah ini tidaklah rumit, jika diertikan near side di dalam bahasa melayu akan memberi erti bahagian yang dekat. Pengertian tersebut telahpun tepat, cuma persolannya bahagian mana yang dimaksudkan dekat itu dan dari mana ukuran dekat itu diukur. 

Dalam istilah berkuda, near side ini merujuk kepada sisi kiri kuda yakni bahagian yang paling hampir dengan anda jika anda dan kuda menghadap ke arah hadapan.  Near side ini lazimnya menjadi sisi yang didahulukan ketika mengendalikan dan menguruskan kuda.

Mengikut tradisi ketenteraan, kebanyakkan dari mereka akan membawa pedang bersamanya dan pedang ini akan diletakkan di sisi kiri mereka. Sebahagian orang berpendapat, tradisi inilah yang membentuk amalan mendahulukan near side kerana kuda telah terbiasa dan terlatih sedemikian rupa. 

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata