Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #09

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #09

from dictionary :-

  1. (adj) in the direction that is in front of you; towards the front, end or future
  2. (adj) in the direction of progress
  3. (verb) to send a letter; received at one address to a new address
  4. (noun) an attacking player in a sport such as football

---------------------------------------------------------------------------

Ramai di antara kita keliru dengan istilah forward dan active yang telah dibincangkan semalam. Jika active kurang sesuai diertikan dengan laju adakah forward ini bermaksud laju?

Perkataan forward ini juga bukanlah bermaksud laju secara keseluruhannya, kuda boleh bergerak laju (fast) tanpa forward dan kuda juga boleh forward tanpa laju contohnya dalam gerakan passage dressage. Konklusinya, perkataan forward mudahnya difahami sebagai pergerakan kuda yang kekal dalam tempo pergerakkannya tanpa perlu diberi arahan tambahan. Contohnya, kuda yang sedang trot dalam tempo 1-2 akan kekal dalam tempo 1-2 (bukan 1--2, 1---2, 1---3) itulah forward

Perkataan forward dan active ini seringkali berlaku seakan serentak bermula dengan active kemudian forward. Walaubagaimanapun, forward mempunyai falsafah yang lebih dalam tentang bagaimana seekor kuda itu mengangkat dan membawa dirinya beserta penunggangnya yang tidak bincangkan dalam edisi kali ini. 

Rujuk guru, cikgu, jurulatih anda untuk kefahaman yang lebih mendalam berkaitan forward ini dan bagaimana untuk mencapainya. 

Tambahan: kadangkala penggunaan istilah inggeris ini perlu asbab dari kurangannya kosa kata melayu yang sesuai apabila penterjemahan dilakukan

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata