Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024

Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024
YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail dan Florita bersama jurulatihnya, Muhammad Shaiful Azwan Mohamad Din
Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024
Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024
Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024
Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024
Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024
Sharifah Ariel Budriah raih pingat emas CSIJ-B Pattaya 2024

Khabar gembira dari skuad ekuin negara apabila YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail menjuarai CSIJ-B Pattaya yang berlangsung bersempena kejohanan PINK POLO pada 17 Februari 2024 di Thai Polo & Equestrian Club Pattaya.

Wakil tunggal negara yang dibimbing oleh Coach Muhammad Shaiful Azwan Mohamad Din berjaya mengatasi peserta dari Thailand dan Singapura yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga kejohanan. 

CSIJ-B Pattaya 2024 merupakan kejohanan bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada penunggang-penunggang remaja dari Asia Tenggara. 6 buah negara yang mengambil bahagian dalam edisi kali ini iaitu Kemboja, Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Thailand.

Turut berkongsi kegembiraan skuad Malaysia adalah Coach Edric Lee yang merupakan anak jati Malaysia tetapi kini berkhidmat sebagai jurulatih yang membimbing skuad remaja Singapura. 

Semoga kejuaraan ini menjadi pemangkin semangat kepada penunggang-penunggang remaja yang lain. 

TAHNIAH YM Sharifah Ariel Budriah Jamalullail dan Florita