A Horse Tail (2015)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Filem yang dikeluarkan pada tahun 2015 ini adalah filem yang kurang popular dalam kalangan peminat berkuda. Filem ini mempunyai jalan cerita yang pasif berbanding filem kuda yang telah kami review.

Michael Thompson adalah seorang akaunten yang bertugas di bandar. Beliau telah dipanggil oleh Cliff Harrison untuk menyelamatkan sebuah ladang daripada ditutup oleh pihak bank. Michael menerima tawaran tersebut dan pergi bersama anak tunggalnya, Chloe. Banyak usaha dan tragedi yang berlaku sepanjang Michael bersama family Cliff. Michael bukan sahaja berkerja tetap beliau dapat melihat beberapa perubahan dalam dirinya dan anaknya sejak beliau bersama dengan kuda.

Filem ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun tidak banyak elemen berkaitan kuda yang diangkat dalam filem ini, namun filem ini tetap mempunyai nilai yang sangat baik untuk dipelajari. Filem ini banyak menyentuh ekonomi dalam industri kuda terutamanya yang melibatkan pengusaha ladang/stable. Konflik ini akan terasa lebih dekat dengan mereka yang mempunyai masalah ekonomi berkaitan kuda. Selain itu, filem ini juga mampu memecahkan persepsi tentang industri kuda yang sering ditakuti oleh golongan yang tidak berkuda. Jelas ditonjolkan dalam filem ini bahawa dunia kuda hanya boleh difahami mereka-mereka yang telah mencuba berada dalam bidang ini. Adapaun elemen kekeluargaan dan perubahan sikap yang menjadi nilai biasa dalam filem kuda turut dimasukkan di dalam filem ini.

p/s: Filem ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang sukakan babak-babak aksi dalam filem berkuda. Bagi sesiapa ingin berkongsi link bagi versi penuh filem ini bolehlah letak di ruangan komen di bawah