Spirit Untamed (2021)

Horse Movie Session adalah siri ulasan sinopsis dan pengajaran filem-filem yang berkaitan kuda untuk tontonan umum

Hari ini kita nak review filem kuda yang berkonsepkan kartun pulak. Filem ini adalah sambungan siri pertamanya yang cukup popular pada tahun 2002 iaitu ‘Spirit-Stallion Of The Cimarron’. Filem urutan ini pula diberi nama Spirit Untamed.

Cerita bermula apabila seorang anak kecil (Lucky) terlihat sekumpulan kuda dalam perjalanan balik ke kampungnya. Lucky sebenarnya adalah anak kepada seorang penunggang terkenal di kampungnya. Perasaan ingin tahu yang tinggi telah mendorong Lucky bertemu dengan seekor kuda jantan (Spirit) yang dikatakan kuda liar. Hari demi hari mereka berkawan sehingga terjadi satu peristiwa yang membuatkan mereka bersatu menyelesaikan masalah tersebut.

Filem ini tersangatlah comel yang pastinya akan mengukir senyuman anda sepanjang menontonnya. Telatah anak-anak kecil yang bukan sahaja mahir berkuda tetapi juga hebat dalam memahami jiwa kuda yang ditunggang. Nilai kekluargaaan kurang ditonjolkan dalam filem ini sebaliknya mengangkat watak anak kecil yang berani, bersemangat dan berjiwa besar. Walaupun filem ini hanyalah sebuah kartun, tetapi ilmu-ilmu berkuda di dalamnya banyak yang boleh diaplikasi dalam dunia sebenar contohnya pesanan kawan Lucky kepadanya tentang 3C yang perlu diamalkan ketika bersama kuda.

Tekan link Click Here To See More untuk menonton apa sebenarnya yang terjadi kepada Lucky dan Spirit dalam filem ini. Tonton file mini bersama anak-anak anda dan pasti mereka akan menyukainya