Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #07

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #07

from dictionary :-

  1. (noun) laundry that can be finished mechanically and does not require hand ironing

-------------------------------------------------------------------------------

Istilah ini mungkin sedikit panas kerana perdebatan berkaitan istilah flatwork ini tidak selesai sehingga kini sebenarnya walaupun dikalangan mereka yang berpengalaman luas didalamnya. Namun, admin akan cuba memberi jalan tengah yang mudah difahami oleh kita semua tanpa cepat menyalahkan orang lain. 

Asasnya flatwork adalah aktiviti menunggang kuda yang tidak melibatkan lompatan. Aktiviti ini termasuk bulatan, pusingan, transition, keseimbangan, rhythm dan lain-lain. Memakai maksud ini, flatwork akan menjadi lebih umum dan semua sukan yang tidak terlibat dengan lompatan boleh dikira sebagai flatwork.

Walaupun lompatan tidak termasuk dalam flatwork, penunggang tetap perlu melakukan aktiviti flatwork sebagai pemanasan badan buat kuda dan penunggang. Cuba pelajari dan fahami berkaitan aktiviti flatwork ini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. 

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata