Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #20

1 Hari 1 Kata merupakan sebuah projek yang diwujudkan bagi menyemarakkan bulan Ramadhan dalam kalangan Komuniti Kuda Malaysia

Projek Myekuin X Ramadhan 1445H - #20

from Dictionary :

  1. (noun) a way of dealing with a particular situation
  2. (verb) to fasten sth in place with tacks
  3. (verb) to fasten cloth together temporarilly with long stitches

------------------------------------------------------------------

Perkataan seterusnya yang akan dibincangkan adalah tack. Tack adalah nama umum bagi peralatan atau aksesori yang dipakaikan kepada kuda untuk melakukan tugasan. Tack ini bertujuan sebagai alat komunikasi kepada kuda di samping untuk menjaga keselamatan dan keselesaan kuda dan penunggangnya. 

Tack ini berbeza-beza bergantung pada tugasan yang akan digalas oleh kuda tersebut. Contoh-contah tack yang asas untuk menunggang kuda adalah saddle, briddle, girth, martigle, boots dan lain-lain. 

Istilah-istilah lain yang terkait dengan tack ini adalah tack room and tack up. Tack room adalah tempat untuk menyimpan tack manakala tack up adalah perbuatan memasang tack ke badan kuda. 

Tambahan: Ladam tidak termasuk daripada tack

>> Klik link di bawah jika anda terlepas episod 1 Hari 1 Kata yang sebelumnya  <<

Peraduan 1Hari1Kata